12 Kanak-Kanak Ini Telah Menjadi Jutawan Ketika Kanak-Kanak Lain Masih Lagi Berhingus!

Menjadi jutawan pada usia yang sangat muda,usia ketika anda belum lagi layak untuk mendapat lesen kereta anda,usia ketika kanak-kanak lain masih sibuk dengan pelbagai alat permainan mereka,usia ketika seluar dalam anda masih lagi dibeli oleh ibu bapa anda,usia ketika remaja lain masih galak gatal untuk mengorat dan bercinta.Boleh anda bayangkan bagaimana kehidupan anda dengan menjadi seorang yang sangat mewah pada usia sebegitu?

Berikut adalah antara 12 kanak-kanak dan remaja yang telahpun menjadi jutawan dengan usaha mereka pada usia orang kata setahun jagung.Jom kita lihat bagaimana mereka bermula.

1.Christian Owens - Mac Bundle Box



Christian Owens telah menghasilkan 1 Juta yang pertama sebelum usianya menjangkau 16 tahun.Christian telah mempelajari sendiri bagaimana untuk membangunkan laman web  dan pada usia 14 tahun,Owens telah memulakan syarikat designnya sendiri.Dalam usia yang sebegitu muda,Owens telah berunding dengan pelbagai pihak dan syarikat dengan menawarkan pelbagai pakej aplikasi untuk kegunaan Mac OS X (Motivasi dan inspirasi terkuat bagi Owens adalah Steve Jobs) .Pakej yang dinamakan Mac Bundle Box telah menjadikan Christian Owens seorang jutawan pada usia yang sangat muda.


Pengajaran Yang Dapat Di ambil : Ikuti minat anda,tetapi pengajaran utama yang dapat dipelajari dari Owens adalah strateginya bagaimana untuk membantu menjimatkan wang bakal pelanggannya dengan mencari ruang dengan menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk yang diperlukan mereka dengan harga yang rendah.

2.Emil Motycka - Motycka Enterprises



Pada usia 9 tahun ketika saya dahulu seusia Emil masih lagi ligat bermain aci kejar atau polis sentri,Emil Motycka telahpun memulakan bisnes perkhidmatan memotong rumput.Perkhidmatan memotong rumput mungkin kelihatan seperti perniagaan biasa bagi kanak-kanak,namun Emil telah membawa perniagaan memotong rumputnya ke tahap yang lebih tinggi.

Pada usia 13 tahun,Emil telah membuat pinjaman sebanyak $8,000 untuk membeli mesin pemotong rumput komersial dan Emil telah membentuk Motycka Enterprise iaitu syarikatnya pada usia 18 tahun dan telah menjana $100,000 hanya pada musim panas ketika itu.Kini Emil Motycka telahpun menjana jutaan dengan perniagaan perkhidmatan memotong rumputnya.


Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Mengikuti minat yang kuat selalunya pasti berhasil,tetapi di sisi yang lain,adalah melakukan sesuatu dan melaksanakannya dengan baik adalah kunci kejayaan Emil.Memetik kata-kata Mike Rowe dari dokumentari Dirty Jobs -“Don’t Follow Your Passion, But Always Bring it With You.” Whatever you do, do it better than everyone else."

3.Evan -  EvanTube



Bermula dengan sebuah channel di Youtube iaitu EvanTube pada usia 8 tahun,kini kanak-kanak ini telah menjana hampir $1.3 Juta setahun dengan channel Youtubenya yang memiliki jutaan subscriber.Nak tahu apa yang dilakukan Evan?Apa lagi kalau bukan video review tentang permainan dan pelbagai lagi perkara berkaitan yang  diminati kanak-kanak seusianya.

Anda boleh baca Kisah 20 Jutawan.Mereka Ini Berhenti Dari Kerja Tetap Mereka Dan Menghasilkan Jutaan Dengan YOUTUBE! Disini

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Jika anda melakukan sesuatu yang anda suka dengan bersungguh-sungguh,anda dapat menjadikan ianya bernilai jutaan.Dan tidak bermakna ianya suatu proses yang mudah,namun jika diiringi kegigihan tiada apa yang mustahil.

4.Cameron Johnson - Cheers and Tears



Ketika semua remaja di Malaysia yang menyambung pelajaran mengharapkan hanya pada wang PTPTN atau biasiswa mereka,Cameron telahpun menjana $400,000 sebulan semasa di sekolah tinggi! Owh shame on us.Segalanya bermulanya apabila Cameron menghasilkan kad jemputan untuk sebuah parti untuk yang dianjurkan ibu bapanya.

Apabila jemputan yang dijemput melihat kad yang dihasilkan Cameron,mereka sangat tertarik dan berminat untuk mendapatkan khidmat Cameron bagi menghasilkan kad untuk mereka.

Cameron mengasaskan Cheers and Tears pada usia 14 tahun,dan kemudian membawa bisnesnya ke tahap yang lebih tinggi di dalam bidang pembangunan software (software development) dan pengiklanan secara online dimana beliau berjaya menjana jutaan dollar semasa di sekolah tinggi.


Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Jika anda melakukan sesuatu dengan baik,potensi untuk mencapai kejayaan itu lebih tinggi.Teroka sesuatu bidang yang baru dan cuba pelbagai perkara baharu.

5.Adam Hildreth - Dubit and Crisp



Adam bergelar jutawan pada usia 16 tahunSelepas membangunkan sebuah rangkaian sosial untuk remaja bernama Dubit (popular di UK).Dengan kejayaan Dubit,Adam meneruskan legasi internetnya dengan membangunkan Crisp sebuah syarikat  yang membantu melindungi kanak-kanak daripada online predators.Adam telah tersenarai sebagai antara 20 remaja terkaya di United Kingdom pada tahun 2014.

Pengajaran Yang Dapat Di ambil : Bijak Mengambil peluang dan mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dihadapai di sekeliling kita. 

6.Moziah Bridges - Mo’s Bows



Dalam usia 9 tahun ketika rakan-rakan sebayanya sibuk menyiapkan kerja sekolah dan bermain,Moziah Bridges telah memulakan empayar bisnesnya dengan pendapatan sebanyak 
$150 000 setahun dengan perniagaan bow tie.

"Saya suka memakai bow tie kerana ianya membuatkan saya kelihatan lebih baik.Menghasilkan bow tie yang berwarna-warni merupakan antara salah satu visi saya untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang menggembirakan."Itu kata-kata Moziah di dalam laman webnya.

Lihat bagaimana kanak-kanak berusia 9 tahun telah mempunyai visi sebagus itu.Kini Moziah memiliki 5 orang pekerja dan telah muncul dalam pelbagai majalah popular di sana serta rancangan tv popular seperti Shark Tank.


Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Jika anda telah mengambil keputusan untuk memulakan bisnes,jadikan ianya berkembang dan terus berkembang.Akan sentiasa ada ruang untuk menjadikan perniagaan anda lebih besar,tetapi pastikan anda mempunyai satu team yang hebat untuk membantu anda bersama-sama mencapai kejayaan tersebut.

8.Sanjay & Shavran Kumaran - GoDimensions



Sanjay dan Shavran masing-masing berusia 12 dan 14 tahun,mengasaskan GoDimensions beroperasi membangunkan aplikasi dari bilik tidur di rumah mereka di Chennai.Mereka mempunyai beberapa aplikasi dengan jumlah muat turun oleh pengguna mencecah 35 000 download.

Catch Me Cop merupakan aplikasi  yang popular dibangunkan oleh 2 adik beradik ini.Mereka menjana keuntungan melalui pengiklanan pada kesemua apps yang dibangunkan.

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Semua mereka bermula disebabkan  minat yang mendalam diikuti dengan melakukan sesuatu untuk merelisasikan minat sebagai sumber kewangan.

9.Farrhad Acidwalla - Rockstah Media



Farrhad mengasaskan Rockstah Media ketika usia 16 tahun iaitu sebuah agensi pengiklanan dengan mempunyai 20 pekerja di seluruh dunia.Anda mungkin pernah mendengar tentang Farrhad ataupun Rockstah Media melalui salah satu talk beliau di TED Talks.

Bertanyakan tentang kejayaan beliau bersama syarikatnya,anak muda dari Mumbai,India ini mengatakan "Team saya adalah tulang belakang bagi syarikat saya,yang telah mengajar pelbagai perkara kepada saya."

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Anda tidak boleh melakukan segalanya sendirian.Membentuk satu team yang profesional adalah sangat penting jika anda betul-betul ingin membawa perniagaan ke satu tahap yang membanggakan.

10.Robert Nay - The Bubble Ball App



Jangan anda terkejut jika saya mengatakan bahawa Robert berusia 14 tahun ketika itu telah menjana hampir $ 2 Juta dalam masa 2 minggu...Diulang 2 minggu sahaja ketika kita dan mereka yang lain berhempas pulas untuk hanya membuat RM 200-300 dalam masa 2 minggu.

Segalanya bermula apabila Robert melancarkan sebuah aplikasi permainan bernama Bubble Game yang tidak semena-mena menjadi hit,sehingga ke hari ini,permainan yang telah dibangunkannya telah dimuat turun oleh pengguna hampir sebanyak 16 juta kali dan Robert kini telah meneruskan legasinya dengan membangunkan pelbagai aplikasi baru bersama syarikatnya iaitu , Nay Games.

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Sesetengah orang mungkin boleh mencapai kejayaan hanya dalam masa singkat semalaman mungkin,namun matlamat seperti itu,tidak perlu ada di dalam senarai matlamat dan goal anda.Tetapi jika anda menghasilkan sesuatu yang cukup bagus,ianya mungkin akan menjadi kenyataan.

11.Nick D’Aloisio - Summly





Pada usia semuda 15 tahun Nick telah menjual syarikatnya,Summly kepada Yahoo dengan nilai $ 30 Juta pada 2013 menjadikan beliau antara jutawan termuda di dunia.Kini aplikasi Summly yang dihasilkan Nick telah ditukarkan oleh pihak Yahoo menjadi Yahoo News Digest.

Nick berkhidmata bersama Yahoo dan telah dinobatkan sebagai “Innovator of the Year” oleh Wall Street Journal.Bukan itu sahaja,Nick juga telah tersenarai di dalam majalah Time sebagai salah satu remaja yang begitu berpengaruh di dunia.

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Faktor Umur bukanlah penghalang untuk anda melakukan kejutan dan kejayaan.Lihat bagaimana Li Ka-Shing,seorang billionaire Hong Kong mempercayai akan kebolehan Nick dan sanggup mendanai Nick walaupun beliau begitu muda ketika itu.

12.Leanna Archer - Leanna’s Hair



Leanna bersama ramuan rahsia dari moyangnya telah memulakan legasi empayar perniagaannya dengan menghasilkan pomade buatannya sendiri pada usia 9 tahun.Leanna kemudiannya telah mengembangkan lagi perniagaannya dengan pelbagai lagi produk berkaitan penjagaan rambut semuanya berdasarkan ramuan dan resepi yang sama dan berjaya menjana pendapatan sebanyak $100 000 setahun dan mengumpul keuntungan bersih melebihi $ 3 Juta.

Bukan itu sahaja,malah Leanna telah mengasaskan sebuah yayasan kebajikan iaitu Leanna Archer Education Foundation untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan asas seperti pendidikan dan yayasan ini telah membantu  hampir 200 kanak-kanak di Haiti setiap hari.

Pengajaran Yang Dapat Di ambil :Sudah Berjaya dan kaya? Apa kata laburkan sedikit wang yang dimiliki anda,untuk mereka yang memerlukan.

Kisah kejayaan 12 kanak-kanak dan remaja ini menunjukkan kepada kita usia bukanlah penghalang dan tiada had dalam usia untuk berjaya.Anda tidaklah terlalu muda atau terlalu tua jika anda benar-benar mahu mencipta kelainan di dunia ini.Mulakan impian anda dan sertai dengan tindakan.

Yang penting adalah bagaimana anda menetapkan mindset anda.Lihat 12 individu di atas,mereka tidak akan berjaya jika di dalam fikiran mereka ketika itu awal-awal lagi telah di tanam dengan mindset "Tidak Boleh" sebaliknya mereka berfikiran positif dengan menanam mindset "Bagaimana Aku Boleh" didalam minda mereka.

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama dan mengecapi kejayaan yang sama walaupun anda masih lagi bergelar pelajar.














Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment

Instagram